Wednesday 17 April 2013

3 tahun kau pergi



Dunia terasa gelap gelita apabila mendengar khabar Arwah Achik pergi mengadap Ilahi..Ketika itu dunia yang cerah menjadi gelap,dunia yang ceria menjadi sedih,dunia yang penuh dengan warna-warni menjadi pudar..Di dalam fikiran hanya memikirkan kenapa arwah pergi begitu cepat??Terasa diri seperti baru mengenali arwah.Tiba-tiba mendapat berita buruk bahawa arwah meninggal dunia akibat kemalangan..Hati ini terlalu sedih apabila mendengar khabar seperti itu..Arwah pergi meninggalkan sejuta kenangan..Arwah juga pergi meninggalkan isteri,anak-anak,keluarga tersayang dan juga peminat yang sentiasa menyokong beliau..Setiap lagu-lagunya akan sentiasa kami mendengar dan setiap jasa dan kebaikannya akan sentiasa kami ingati..Walaupun dirimu sudah tiada lagi disisi kami,kami semua tetap mengingati dan sentiasa mendoakanmu setiap detik,waktu dan masa..Semoga Rohmu aman bahagia dan semo9ga Rohmu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Aminn...